MyHarga ialah sistem pemantauan dan pengumpulan harga yang dimulakan dan dibangunkan oleh KPDN Malaysia untuk mengumpul harga ribuan barangan secara berterusan setiap hari, mingguan atau bulanan dari ribuan premis di seluruh Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada sistem ini, aplikasi MyHarga membolehkan pegawai kami mengumpul dan memantau harga dengan mudah menggunakan telefon mudah alih dan peranti pintar mereka. Pegawai hanya perlu log masuk, memilih premis dan jenis senarai barangan, dan terus memasukkan harga terkini barangan tersebut. Aplikasi ini akan menyimpan dan menyelaraskan data tersebut dengan pelayan KPDN menggunakan data mudah alih atau wifi.
Ini adalah inisiatif penuh oleh KPDN Malaysia untuk mengawal, memantau, dan menguatkuasakan harga perdagangan domestik dan barangan bagi memastikan semua pengguna mendapat nilai yang adil semasa membeli barangan harian yang diperlukan.